“Tiadalah Kami
mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi
sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
Peribadi Nabi Muhammad
s.a.w. sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran,
keperibadian Rasulallah jelas diterangkan dalam al-Quran antaranya Allah
berfirman yang bermaksud:
“Maka
disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah
bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu
ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap
engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah
dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian
setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal
kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)
Ini salah satu sifat terpuji dari peribadi
Nabi Muhammad s.a.w. diantara banyak lagi sifat terpuji yang dimiliki
oleh Rasulallah s.a.w., sehingga menyebabkan baginda Nabi s.a.w. telah
dapat membawa suatu perubahan yang luar biasa terhadap masyarakat ummat
manusia, khasnya masyarakat Arab di zaman jahiliah
Kebiasaannya
Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan
Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai bapa
saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu dia memang
sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin
sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat
aku mencontohinya, maka dia berkata : Adalah Rasulullah SAW itu
kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak
berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak
ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya
dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam,
satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan,
lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa
membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun
atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila
sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa dia tidak
menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian
dengannya, tetapi apabila dia melihat kebenaran itu dihinakan, tiada
seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga dia dapat membela
kerananya. Dia tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu
untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua
telapak tangannya, dan bila dia merasa takjub dibalikkan telapak
tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan
telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila dia
marah dia terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila
dia gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan
tersenyum, dan bila dia ketawa, dia ketawa seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini
aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya
kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu
menanyakan bapa saudaraku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia
juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara
keluar beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang
segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.
Keadaannya di rumah
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah
menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab:
Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan
apabila dia berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya tiga bahagian.
Satu bahagian khusus untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk
isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian
dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di
antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua
orang yang awam mahupun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari
yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu
memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk
dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam
agama.
Ada yang
keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka dia
akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan
dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, cuba
menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut
dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula:
“Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir.
Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat
menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang
yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang
penguasa, nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari
kiamat”, tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.
Dia tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat
ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah,
namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam
riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak
faedah, dan mereka keluar dari majlisnya sebagai orang yang ahli dalam
hal-ehwal agamanya.
Keadaannya di
luar rumah
Berkata Al-Hasan
r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa
yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar,
senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk
ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam
bicaranya. Dia senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan
meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia
mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati mereka agar
tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya
yang mulia.
Dia selalu
menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu
bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang
baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.
Dia senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak
membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau
menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan
atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa
mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang
utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang
paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan
membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Majlisnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya
pula tentang majlis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahawa
Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun
daripadanya, melainkan dia berzikir kepada Allah SWT Dia tidak pernah
memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di
suatu tempat yang tertentu. Apabila dia sampai kepada sesuatu tempat, di
situlah dia duduk sehingga selesai majlis itu dan dia menyuruh membuat
seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya
kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di
majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan
lebih darinya.
Bila ada orang
yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu maslahat,
dia terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun
dan kembali. Dia tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya
sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada
dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budi
pekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Dia dianggap
semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama
dalam hal kebenaran , tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya
ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar
suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak
disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan
taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang
muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu
didahulukan.
Ketika bersama
sahabat-sahabatnya
Berkata Al-Hasan
ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada
orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya:
Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan,
seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka
berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau
beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah
mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang
berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut.
Dia tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Dia tidak suka
mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang
kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila dia berbicara, semua orang yang berada
dalam majlisnya memerhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang
tertengger di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka
baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam
seribu bahasa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Dia tertawa
bila dilihatnya mereka tertawa, dan dia merasa takjub bila mereka
merasa takjub. Dia selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang
seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu
daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para
sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi dia tetap
menyabarkan mereka dengan berkata: “Jika kamu dapati seseorang yang
perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya!”. Dia
juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan
kalau mereka mahu memujinya pun, dia tidak menggalakkan untuk berbuat
begitu. Dia tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu
habis berbicara, lalu barulah dia berbicara, atau dia menjauh dari
tempat itu.
Ketika diamnya
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun
menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya:
Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu:
Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan
sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab
pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan
pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa
yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya
sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.
Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia
menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam
peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat
yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam
hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat
dicontohi oleh yang lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan
tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik
untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan
manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat
- Beliau biasanya memaafkan musuh dan para sahabat-sahabatnya yang menyakitinya. Di perang Uhud beliau berdoa untuk kaum kafir yang menyebabkan mulutnya berdarah “Ya Allah maafkan mereka yang tidak tahu”
- Beliau sangat penyantun. Beliau biasa memberi minum hewan piaraanya dengan ember dan menunggunya hingga selesai. Beliau membersihkan wajah dan mata kuda tungganganya.
- K etika dipanggil, beliau menjawab dengan berkata “labaik” (ya!) Beliau tidak pernah melangkahi orang lain. Beliau biasa duduk di kedua kakinya. Ketika menunggang hewan dan melihat ada orang yang berjalan, beliau mengajak orang itu menumpang di hewan tunggangannya.
- Beliau tidak memandang dirinya memiliki kelebihan dibanding lainnya. Ketika sedang berada dalam sebuah perjalanan bersama sahabat-sahabatnya mereka bermaksud memasak seekor kambing. Salah seorang di antara mereka memberikan kambingnya. Ada yang menawarkan diri mengulitinya. Ada yang menawarkan sebagai juru masak. Rasulullah SAW kemudian menawarkan dirinya mencari kayu bakar. Para sahabat berkata “Ya Rasulullah Anda duduk sajalah. Kami yang akan mencari kayunya.” Beliau menjawab “ya! saya tahu Anda semua siap melakukannya. Tetapi saya tidak ingin duduk-duduk saja sementara yang lain bekerja. Allah tidak suka kalau ada yang duduk-duduk saja sedang yang lain bekerja. ” Beliau lalu berdiri dan pergi mencari kayu bakar.
- Ketika beliau mengunjungi sahabat-sahabatnya beliau tidak selalu duduk di bagian depan. Beliau mencari tempat yang kosong. Ketika beliau datang, sahabat-sahabatnya cepat-cepat berdiri. Beliau berujar “janganlah kalian berdiri untuk menghormatiku bersikaplah biasa seperti ketika kalian kedatangan orang lain. Saya seperti orang lain. Saya makan seperti yang lainnya. Sayapun duduk kalau lelah.”
- Seringkali nabi duduk di kedua lututnya. Beliau juga pernah berdiri menggunakan lututnya ketika memeluk menyambut sahabat-sahabatnya. Beliau tidak pernah membedakan makanan untuknya dan para pembantunya, demikian juga dalam hal berpakaian. Beliau sering membantu pelayannya menyelesaikan pekerjaan. Beliau tidak pernah menyumpahi atau menyakiti orang lain. Anas bin Malik, yang setia melayaninya berkata, “aku menjadi pelayan Rasulullah selama 10 tahun. Beliau membantuku lebih sering dibanding aku membantunya. Beliau tidak pernah memarahiku. Beliau tidak pernah berkata kasar kepadaku.”
- Beliau suka menambal sendiri pakaiannya yang sobek, memerah susu kambingnya, dan memberi minum hewan piaraannya. Beliau sering membawa barang-barang belanjaan sendiri ke rumahnya. Dalam perjalanan, beliau sering memberi makan hewan tunggangannya. Kadang-kadang beliau melakukannya sendiri dan kadang-kadang dilakukan oleh pelayannya.
- Ketika beliau dipanggil dengan sebutan pelayan oleh seorang pelayan, sebuah kebiasaan di Madinah, beliau lalu berjalan dengan pelayan itu beriringan.
- Beliau sering mengunjungi orang yang sakit dan menghadiri pemakamannya. Untuk menggembirakan hati si sakit, beliau mengunjunginya meskipun si sakit kafir atau munafik.
- Setelah beliau melaksanakan sholat subuh di Masjid, beliau menghampiri para sahabatnya sambil berkata: “Adakah yang sakit? Bila ada mari kita mengunjunginya.” Kemudian beliau juga berkata:”adakah yang meninggal?Bila ada mari kita membantunya.”Kemudian beliau sering juga berkata:”adakah di antara kalian yang bermimpi sesuatu? Bila ada mari kita tafsirkan mimpinya.” Bila ada yang meninggal beliau membantu menyiapkan pemakamnnya dan menyolatkannya serta menghadiri pemakamannya.
- Ketika beliau tidak melihat sahabat-sahabatnya selama tiga hari beliau akan menanyaknnya. Bila sahabatnya itu sedang bepergian beliau mendoakannya, atau bila sahabatnya ada di kotanya beliau akan mengunjunginya.
- Beliau selalu mendahului menyambut orang lain yang dijumpainya.
- Beliau suka mengendarai unta, keledai, dan kadang-kadang mengajak orang lain menunggang bersamanya.
- Beliau suka melayani tamunya dan para sahabatnya dan beliau menyatakan: “orang yang paling dekat dengan masyaraktnya adalah orang yang selalu melayani orang lain.”
- Tidak seorang pun pernah menyaksikan beliau tertawa terbahak-bahak. Beliau suka tersenyum kecil. Kadang-kadang gigi depannya tampak ketika beliau tertawa.
- Beliau selalu tampak hati-hati dan cermat. Beliau suka berbicara pelan-pelan. Beliau biasa memulai pembicaraan dengan senyum.
- Beliau tidak pernah berbicara yang mubazir atau tanpa keperluan. Bila beliau memerlukan sesuatu beliau akan berbicara dengan singkat dan jelas. Terkadang beliau mengulangi pembicaraan sampai tiga kali agar bias dipahami.
- Beliau biasa bercanda dengan orang-orang asing, orang yang pernah dikenalnya, anak-anak, wanita tua, dan wanita yang menjadi mahramnya (yang tidak boleh dinikahi). Namun demikian, hal itu tidak membuatnya lupa kepada Allah.
- Tak seorang pun sanggup melihatnya berlama-lama karena kemulyaannya. Bila seseorang melihatnya, ia pasti mulai berkeringat. Beliau sering berkata janganlah engkau ..dirimu! saya bukanlah raja. Saya bukanlah penjahat. Saya adalah anak dari seorang wanita dan saya juga makan daging kering.” Sehingga orang lain hilang kekuatirannya dan menjelaskan masalah yang dihadapinya.
- Beliau tidak memiliki pengawal atau penjaga. Setiap orang dapat menemuinya dan mengutarakan masalahnya.
- Beliau sangat pemalu. Beliau biasa memperhatikan wajah orang yang mengajaknya berbicara.
- Beliau tidak pernah mempermalukan orang akibat kesalahannya. Beliau tidak pernah mengeluhkan orang lain. Kalau beliau tidak senang dengan kata-kata atau perbuatan orang lain maka beliau berkata: “heran koq ada orang yang kelakuannya seperti itu.”
- Meskipun beliau orang yang memiliki keutamaan, beliau berkata: “Di antara kalian akulah orang yang paling paham tentang Allah dan paling takut kepada-Nya. Bila kalian tahu apa yang aku ketahui maka kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
- Hatinya sangat mulya dan memiliki keberanian. Di perang Hunain, banyak tentara Muslim lari mengumpulkan harta rampasan perang. Akibatnya di sekitar beliau hanya tinggal beberapa orang saja. Selanjutnya pasukan musuh menyerang secara tiba-tiba dan mereka mengelilingi Rasulullah. Namun Rasululllah tidak bias ditaklukan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar